Wednesday, August 26, 2020

#5

 Ya Allah, hari ini aku bangun dengan senyuman dari anakku. 

Alhamdulillah

Dengan ada nya suami ku. Pembantu ku. Terima kasih ya Allah. Walau di  hati ini masih mengharap dan Kau maha tau apa yang hati ku harapkan. 


Aku terima message dari SJMC, dan harap keputusan dari Australia kau mudahkan untuk ada pada minggu ini ya Allah ya Maha Besar. 

Aku mohon keampunan darimu, aku ini tamak dan ada kala tidak sabar. Namun, aku redha dengan ujian Mu ini ya Allah. Tuntunlah kami dan bawa la kami keluar dari segala kesulitan ini ya Allah, sekurangnya untuk anak ku, Umar bin Safaruddin.


Limpahkan kemudahan dan kesembuhan kepada Umar bin Safaruddin, sebagaimana Kau limpahkan rezeki kepada ku untuk ku berbakti kepada orang tuaku, malah menyenangkan hati mereka ya Allah. Berkatkan lah ya Allah ya Tuhanku. 

#4

 Ya Allah, 

Di ketika ini, jika aku jelaskan kepada siapa sahaja apa aku rasa, tak mungkin ada yang faham. Hanya boleh disebut, sabar, sabar -- atas ujian.


Ya Allah, 

Aku tiada lagi mahu merungut kepada sesiapa, kerana aku tau jika sejuta orang aku kisahkan cerita aku, tiada apa juga yang mampu selesaikan, melainkan dengan izin Kau Ya Allah yang maha besar. Aku mohon ampun ya Allah betapa aku lemah dalam menjalani ujian kecil mu. Apa lah sangat ujian ini jika dibanding nikmat mu sebesar lautan, malah lebih.


Ya Allah, 

Hanya kau sahaja yang mengetahui setiap satu detik hati aku. Hanya Kau sahaja yang tau betapa aku terlalu inginkan anak aku menikmati susuku dari sejak lahir. Tapi ditengah perjalanan Kau turunkan sebentar ujian, aku tak dapat susukan anak aku kerana anakku disyaki galatosemmia. Terlalu hebat seorang Umar bilamana tiada seorang doktor boleh jelaskan apa yang terjadi. Apa yang ingin Kau ajarkan ku ya Allah? Aku sedar dari itu, hanya kau sahaja maha menjelaskan segalanya, tapi aku tahu  juga, Kau masih belum lagi mahu berikan sepenuhnya penjelasan. 


Namun, aku bersyukur Ya Allah. 

Kau sudi bukakan jalan sedikit demi sedikit. Walau kadangkala ku rasakan kabur. Walau kadang ku rasa menguji tahap sabarnya aku sebagai hambaMu yang paling berdosa, Allah... Aku redha ya Allah. 


Ya Allah Ya Tuhanku, 

Sekiranya susu aku ini adalah terbaik untuk anakku, Umar bin Safaruddin, Kau percepatkanlah keputusan yang ditunggu-tunggu di Australia dan mudahkan segalanya untuk aku, suami ku dan anakku, Umar bin Safaruddin. Namun, jika ia bukan lah terbaik untuk anakku, aku redha ya Allah. Aku redha dengan segalanya. Aku bersyukur atas apa yang Kau berikan untuk ku dan keluarga ku Ya Allah , ya Rahman ya Rahim. 



Ampunkan ku ya Tuhan


Sunday, June 19, 2011

#2



Rumah sewa dah jumpa. Tinggal minggu depan nak confirm kerja kat mana. Serious hell, aku takut keluar dari lubuk. Keluar dari tempurung. Jumpa dunia luar. Jumpa dunia sesak. Duduk dalam kota lemas. Niat aku tak pernah terpesong. Aku ada sesuatu untuk di buat kepada mak bapak dan masyarakat.


Harap harap impian ni bukan mimpi. Sebab selalu impian memang tukar jadi taik. Sebab manusia yang tak lari dari merungut. Merengus. Keep whining, all the time. Cuma kali ni, aku harap Tuhan boleh bagi can kat aku untuk buktikan yang aku mampu kejar nikmat dia.


Untuk di kongsi dengan mak bapak aku. Serta ilmu dan bakat. Untuk di kongsi dengan masyarakat.



Tak salah kan, budak yang gelak bapak kuat depan orang ramai, berdakwah dengan orang? Walaupun nampak macam kau tak layak. Tapi siapa lagi yang perfectionist dalam dunia ni selain Nabi Muhammad?



Aku bagi tau kau, tak ada.

#1

Nak buat macam mana kalau dah sangap menulis. Kata bersara dari blog, tapi tak pun.
Jadi pindah kat sisi jujur, harap tak ada siapa kenal.

Eh kalau bukan sisi jujur pun, tak ada siapa kenal kau.

Perasan.